Di KPMS, kami mempunyai matlamat dan juga misi yang selari dengan kehendak dan juga keperluan anda. Sebagai sebuah organisasi yang menyediakan pelbagai modul latihan dan khidmat rundingan, pihak kami akan sentiasa memastikan supaya anda berpuas hati dengan setiap perkhidmatan yang kami sediakan.

Memberikan khidmat runding, membentuk pasukan latihan yang profesional dan separa profesional,menyediakan tempat latihan dan membina modul-modul latihan selaras dengan keperluan pelanggan.
  • Pengurusan Organisasi
  • Pengurusan Kewangan
  • Sistem Operasi & Kualiti
  • Bidang Komunikasi
  • Teknologi Maklumat
  • Bahasa Dan Linguistik
  • Kanak-kanak
  • Kulinari Dan Perhotelan
  • Kesenian Dan Kraftangan

Pada 2006, KP Management Services Sdn. Bhd. (KPMS) telah ditubuhkan dan mempunyai bidang perkhidmatan berikut : Bahagian Latihan & Khidmat Runding, Tadika Hikmah, Percetakan & Penerbitan, Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan YPJ.
Bahagian Latihan & Khidmat Runding menyediakan pengurusan latihan dan pembangunan sumber manusia yang efisyen dan efektif. Bahagian Penerbitan dan Percetakan menyediakan servis mencetak produk-produk berasaskan percetakan offset dan digital manakala Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan meyediakan pusat latihan outdoor dengan kawasan latihan yang sangat menarik dengan keindahan laut dan persekitaran hutan yang nyaman.
Selain itu, KPMS memasarkan program tadika dan taska. Tadika Hikmah telah beroperasi sejak tahun 1998 lagi dan menyediakan peluang pendidikan awal kanakkanak yang tersusun dan berkualiti. Dengan visi dan misi yang ditetapkan KPManagement Services mampu bergerak sebagai sebuah entiti perniagaan yang maju dan berdaya saing.