Kumpulan Pendidikan YPJ (dahulu dikenali sebagai Ilham Ikhlas Sdn BHd) telah diwujudkan pada tahun 1996, untuk menyediakan peluang pendidikan kedua kepada lepasan – lepasan SPM yang tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan ruang di Institusi Pengajian Tinggi Awam khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim.

YAB Menteri Besar Johor telah merancang supaya setiap rakyat Johor terutama sekali kaum Bumiputera mempunyai satu kemahiran melalui kolej – kolej komuniti yang diwujudkan.

Bagi menyediakan sebuah institusi pengajian tinggi yang mampu mengeluarkan sijil-sijil di peringkat sijil kemahiran, diploma dan ijazah, KPYPJ memulakan langkah awalnya dengan menubuhkan beberapa buah IPTS iaitu Kolej Islam Johor, Institut Teknologi Perindustrian YPJ, Kolej Teknologi Binaan YPJ, Institut Hospitaliti YPJ dan Kolej Komuniti YPJ.

Bagi memastikan bahawa KPYPJ terus relevan dan memainkan peranan sebagai institusi pendidikan, beberapa langkah positif telah dirancang dengan menggerakkan unit-unit bisnes KPYPJ untuk menambah pendapatan KPYPJ, di samping system pungutan hutang pelajar yang dibuat secara lebih efisyen.

Salah satu unit bisnes KPYPJ yang ditubuhkan ialah KPYPJ Management Services Sdn. Bhd. Dengan menggunakan sumber dan fasiliti yang sedia ada dan sedikit penambahbaikan, KPMS mampu untuk mengendalikan program latihan untuk semua golongan. Ini termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah, kakitangan kerajaan dan swasta, persatuan dan kelab serta NGOs.